Ujian saringan kanser serviks percuma, Ahad ini - Utusan Malaysia

Ujian saringan kanser serviks percuma, Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Wanita yang berusia antara 30 dan 49 tahun dialu-alukan untuk melakukan ujian saringan kanser serviks percuma di Dewan Sri Pandan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Mewah, Ampang dekat sini, Ahad ini.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam kenyataannya memberitahu, program saringan serviks percuma anjuran Etiqa bersama Yayasan Rose itu akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Ujarnya, wanita yang berminat untuk melakukan ujian ini perlu membawa telefon bimbit dan kad pengenalan diri semasa pendaftaran ujian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi adalah tidak mengandung, tidak datang bulan, tidak pernah menjalani histerektomi (pembedahan buang rahim) dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini