Bursa Malaysia rendah pada tengah hari - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Bursa Malaysia berada dalam kedudukan negatif pada akhir dagangan pagi, selari dengan laporan pendapatan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengekalkan kadar faedahnya.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.90 mata kepada 1649.68 daripada 1,656.58 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras, yang dibuka 2.84 mata lebih rendah pada 1,653.74, bergerak antara 1,649.22 dan 1,653.77 sepanjang sesi dagangan pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 436 berbanding 253, manakala 370 kaunter tidak berubah, 869 tidak diniagakan dan 25 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.38 bilion saham bernilai RM905.96 juta.

Seorang peniaga berkata, bursa tempatan dan bursa serantau akan terus didagangkan pada aliran menurun dipengaruhi oleh keadaan tidak menentu menjelang perjumpaan antara wakil AS dan China.

“Perunding perdagangan Amerika akan ke China untuk cuba menyelesaikan perbezaan pendapat mereka iaitu berhubung perdagangan dan teknologi dan geopolitik,” katanya.

Beliau berkata, pasaran hari ini turut memberi tindak balas negatif selepas ECB memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya.

Pelabur menjangkakan ECB mengurangkan kadar faedahnya berikutan kelembapan ekonomi, katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini