Djokovic tarik diri Terbuka Montreal - Utusan Malaysia

Djokovic tarik diri Terbuka Montreal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL – Juara Wimbledon dan pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic mengambil keputusan mahu terus berehat dan menarik diri daripada Terbuka Montreal awal bulan depan yang menjadi kejohanan pertama pemanas badan menjelang aksi gelanggang keras Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pemain Serbia berusia 32 tahun itu yang masih segar dengan kejayaan menewaskan Roger Federer di atas gelanggang rumput pada final Wimbledon awal bulan ini terpaksa berbuat demikian kerana masih keletihan dan ingin mengembalikan kecergasan fizikalnya.

“Saya minta maaf untuk mengumumkan penarikan diri daripada merebut Piala Rogers. Saya mengambil keputusan ini untuk membolehkan badan saya mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan langkah untuk beraksi semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya suka Kanada dan ada ramai kawan di sini. Malah saya sangat selesa beraksi di sini seperti berada di kampung halaman. Apa pun saya akan cuba kembali tahun depan,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan tenis Kanada.

Ketiadaan Djokovic meletakkan pemain Sepanyol dan juara bertahan, Rafael Nadal sebagai pilihan pertama kejohanan. Kedua-dua jaguh ini pernah empat kali menjuarai kejohanan di sini.

Tahun lalu Djokovic tersekat di pusingan ketiga selepas tumpas kepada pemain Greece, Stephanos Tsitsipas yang kemudian tewas kepada Nadal di final.

Turut menyertai Djokovic menarik diri adalah pemain Argentina, Juan Martin Del Potro yang masih belum pulih daripada pembedahan lutut selepas ditimpa kecederaan dalam satu kejohanan gelanggang rumput bulan lalu.

Federer pula memang awal-awal lagi sudah mengesahkan tidak akan menyertai kejohanan di sini sebaik tewas di final Wimnbledon tempoh hari. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini