Tawaran panel katerer Dewan Perdana Keramat Mall dibuka - Utusan Malaysia

Tawaran panel katerer Dewan Perdana Keramat Mall dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempelawa pembekal makanan dan minuman di sekitar ibu kota atau Selangor untuk menjadi panel katerer Dewan Perdana Keramat Mall, Kompleks Perniagaan Keramat Mall bagi 2020 hingga 2021.

DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, pihak yang berminat dengan tawaran itu boleh menghantar permohonan sebelum tarikh tutup penyertaan iaitu pada 31 Julai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelawaan dibuka kepada semua syarikat yang menyediakan perkhidmatan katering bagi majlis keraian terutamanya melibatkan perkahwinan.

“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi DBKL atau hubungi Puan Nur Syahida Anuar di talian 03-26171000,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini