Produk E-dagang menjadi realiti maya - Utusan Malaysia

Produk E-dagang menjadi realiti maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam masa kurang dari enam tahun, Google me­ra­malkan bahawa ekonomi internet pada tahun 2025 di Malaysia bernilai RM86 bili­on dalam nilai barangan kasar (GMV) dan sebahagian besar daripada bahagian pasaran akan dipegang oleh sektor e-dagang. Apabila kita semakin hampir pada tahun 2025, masa depan e-dagang mula terbentuk dan menjadi penting dalam gaya hidup seharian kita.

Satu ciri futuristik yang telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup seharian kita ialah penggunaan telefon bimbit. Tidak diragukan lagi bahawa te­lefon bimbit kini telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan kita, untuk kedua-dua tujuan kerja profesional dan ke­giatan peribadi harian.

Menurut Statista, 60 peratus rakyat Malaysia hari ini meng­akses internet terutamanya menerusi telefon bimbit mereka. Angka ini juga dijangka me­ningkat kepada 64 peratus pada 2023.

Memuatkan artikel berkaitan…

Salah satu sebab bagi kemajuan penyambungan internet mudah alih adalah kerana ke­tersediaan telefon pintar dan tawaran jalur lebar (broadband) yang berpatutan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi. Rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mengakses internet melalui telefon bimbit kerana kompu­ter riba dan komputer desktop masih mahal dibandingkan de­ngan telefon pintar.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga mendedahkan bahawa pengguna internet Malaysia semakin bergerak ke arah video dan panggilan suara dalam talian berbanding de­ngan panggilan suara tradisional kerana data mudah alih menjadi lebih murah, trend ini dijadikan norma.

Trend ini dijangka menyaksikan pertumbuhan lebih besar apabila kita semakin dekat de­ngan masa depan yang bergerak daripada sambungan internet 4G ke sambungan internet 5G. Antara perkara utama dalam perdagangan atau peperangan teknologi baru-baru ini antara Amerika Syarikat dan China adalah berkaitan dengan teknologi 5G.

Mengikut pakar teknologi, 5G atau rangkaian mudah alih Ge­ne­rasi Kelima dijangka menawarkan kelajuan 10 kali 4G dengan lebih banyak proses dan pada dasarnya tidak ada latensi, atau masa lag. Ini hebat untuk kedua-dua pengguna dan perniagaan kerana membuka ba­nyak peluang untuk kemajuan dan eksperimen dengan ciri-ciri baharu.

Di antara banyak ciri, perniagaan akan menjadi realiti maya (VR) atau ciri realiti tambahan (AR) yang mana pengguna boleh mempunyai pengalaman realistik melalui peranti berteknologi.

Pakar teknologi, Roslyn Layton menyatakan bahawa e-dagang juga boleh menjadi industri utama untuk aplikasi VR/AR, yang membolehkan penggunaan teknologi untuk jualan fesyen dalam talian, barangan mewah, hiasan rumah, seni halus dan banyak lagi.

Ciri-ciri ini juga akan menghapuskan konsep umum bahawa e-dagang tidak mempunyai sentuhan dan rasa seperti yang dialami di kedai-kedai fizikal dan oleh itu membuka peluang lebih ramai orang berbelanja dalam talian.

Kaedah itu akan menjadi nyata tidak lama lagi bagi negara-negara yang mempunyai teknologi tinggi seperti China dan Amerika Syarikat, tetapi bagaimana dengan Malaysia? Adakah kita menjangkakan pengalaman dunia 5G tidak lama lagi atau ia datang bertahun-tahun kemudian?

Syarikat telekomunikasi ter­tentu seperti Maxis telah memulakan kerja asas untuk membuat 5G tersedia di Malaysia. Menurut Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi di Maxis, syarikat telekomunikasi itu sedang menjalankan ujian 5G di makmal mereka dan menjangkakan akan beralih kepada percubaan komersial pada 2019. Menurut Morten, rakyat Malaysia boleh melihat ketersediaan dan pelaksanaan perkhidmatan 5G seawal 2020.

Jika ini benar dan pelaksa­naan teknologi 5G akan bermula pada awal 2020 di Malaysia, tidak hairanlah kita akan melihat perkembangan besar dalam sektor peruncitan dalam talian di negara ini. Oleh itu, perniagaan dan usahawan di Malaysia harus melakukan apa sahaja untuk membiasakan diri dengan e-dagang agar dapat memperoleh peluang penyambungan 5G mudah alih untuk perniagaan dalam talian.

Artikel oleh iPrice Group (https://iprice.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini