Premis hiburan tawar GRO warga asing diserbu - Utusan Malaysia

Premis hiburan tawar GRO warga asing diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sebuah premis hiburan yang dipercayai menggajikan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing bagi menarik minat pengunjung diserbu di sekitar Kota Damansara di sini hari ini.

Dalam Ops Noda bermula pukul 12 tengah malam tadi itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, ketika serbuan dijalankan, rata-rata GRO sedang leka melayan pelanggan minum dan berhibur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik menyedari kehadiran polis, mereka cuba melarikan diri namun tindakan itu gagal selepas kesemua 39 wanita warga Thailand disyaki GRO berjaya dicekup.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, premis terbabit menyediakan selimpang berharga RM100 hingga RM500 kepada pelanggan bagi meraih perhatian GRO berkenaan.

“Turut ditahan adalah dua pekerja warga Bangladesh serta dua penjaga premis warga tempatan.

“Kita difahamkan, premis ini pernah diserbu, namun masih berani beroperasi secara haram menjalankan kegiatan tersebut,” jelasnya.

Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini