Tonton LFC-MCFC di KL Gateway 4 Ogos ini - Utusan Malaysia

Tonton LFC-MCFC di KL Gateway 4 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Para penyokong kelab terkemuka, Liverpool FC dan Manchester City dipelawa menyertai acara menonton siaran langsung perlawanan antara kedua-duanya merebut Piala Community Shield di pusat beli-belah KL Gateway pada 4 Ogos ini.

Bersempena dengan perlawanan pembuka tirai bagi musim 2019/2020 ini, satu karnival turut diadakan bermula 3 Ogos di pusat beli-belah tersebut sehingga sepak mula 10 malam 4 Ogos ini.

MANJA MAN
MANJA MAN 

Antara acara yang disediakan di dalam karnival itu ialah promosi rakan korporat seperti Decathalon Malaysia dan Suez Capital Sdn. Bhd. (Suezcap) serta jualan cenderamata daripada Liverbird Ebiz (Peniaga Rasmi Jersey Peminat LFC) dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusan MJ Event Management Sdn. Bhd. selaku penganjur, Manja Man berkata, pihaknya menyediakan pas masuk berharga RM30 yang boleh diperoleh secara dalam talian menerusi laman Facebook rasmi MJ Event, KL Gateway Mall, kelab penyokong Liverpool dan juga di kaunter khas di pusat beli-belah itu.

Dengan pas tersebut, pengunjung akan menerima percuma satu minuman, beg hadiah, cenderamata istimewa LFC bagi 300 pengunjung terawal, baucar kedai-kedai di dalam KL Gateway seperti Burger King, Village Grocer, Restoran Tamu dan sebagainya.

Utusan Malaysia menjadi akhbar rasmi acara tonton siaran langsung Liverpool lawan Manchester City di
Utusan Malaysia menjadi akhbar rasmi acara tonton siaran langsung Liverpool lawan Manchester City di 

Kemuncak karnival itu bermula dengan cabutan bertuah pelbagai barangan, termasuk barangan rasmi Liverpool dan diselang-seli dengan persembahan artis.

Utusan Malaysia yang menjadi akhbar rasmi bagi karnival ini, menyediakan 100 pas masuk untuk dimenangi. Peserta hanya perlu masuk ke laman rasmi Facebook Utusan Online iaitu klik di sini , jawab lima soalan mudah dan pemenang akan diberitahu menerusi e-mel untuk menebus pas di kaunter khas di pusat beli-belah itu pada 4 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini