Satu maut, dua motosikal bertembung - Utusan Malaysia

Satu maut, dua motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 26 Julai – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Jalan Betik, Taman Kota Masai, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku pada pukul 6.45 petang.

“Motosikal ditunggang mangsa, Mohamad Zulhelmie Ikmal Ibrahim, 26, merempuh sebuah motosikal lain sebelum mangsa terjatuh ke atas jalan raya dan mendapat kecederaan parah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital KPJ Pasir Gudang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.

“Sementara itu, penunggang motosikal yang lain iaitu seorang remaja berusia 19 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini