Maybank Premier dilancar di Filipina - Utusan Malaysia

Maybank Premier dilancar di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Maybank melancarkan perkhidmatan perbankan premier, Maybank Premier di Filipina dengan pembukaan Pusat Premier pertamanya di negara berkenaan di cawangan ­Maybank Ayala Avenue, Makati City.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Perbankan Komuniti Maybank, Datuk John Chong berkata, Maybank turut bekerjasama dengan Visa bagi memper­kenalkan kad kredit Maybank VISA Infinite kepada pelanggan premiernya di Filipina.

“Maybank telah memberikan perkhidmatan kepada komuniti di Filipina selama lebih daripada 20 tahun dan kami teruja untuk melancarkan secara rasmi perbankan premier Maybank di sana untuk memenuhi keperluan klien dan menyediakan perkhidmatan keutamaan mereka melalui Pusat Premier kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah selaras dengan tumpuan bank untuk terus membangunkan francais Pe­ngurusan Kekayaan Kumpulan (GWM) kami untuk memanfaatkan trajektori pertumbuhan rantau ini dan Filipina adalah satu daripada ekonomi pesat berkembang di ASEAN,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Tambah Chong, kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar Malaysia dan kumpulan perbankan terkemuka di Asia Tenggara itu, menyasarkan pertumbuhan dua angka bagi GWM dalam pengurusan asetnya (AUM).

Chong berkata, sasaran itu disokong oleh pengembangan perniagaan GWM berterusan Maybank yang menyaksikan bank itu melancarkan perkhidmatan perbankan premier di Filipina untuk memanfaatkan ekonomi negara yang pesat berkembang itu.

Tahun lepas, perniagaan GWM Maybank mencatatkan pertumbuhan 10.6 peratus dalam pelaburan AUM kepada RM24.6 bilion disokong pertumbuhan 18.8 peratus dalam asas pelanggan kepada lebih 780,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini