Berang dapat kentang sejuk, wanita lepas tembakan di restoran McDonald's - Utusan Malaysia

Berang dapat kentang sejuk, wanita lepas tembakan di restoran McDonald’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GARDEN CITY, Georgia – Pihak berkuasa negeri Georgia di Amerika Syarikat memberkas seorang wanita atas tindakannya melepaskan tembakan di restoran makanan segera McDonald’s kerana berang menerima hidangan jejari kentang sejuk.

Insiden berlaku di sebuah restoran McDonald’s di sini kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan) pada Selasa lalu.

Menurut pemilik restoran, wanita itu memesan hidangan tersebut dan beredar bersama makanannya tetapi kembali semula dan mengadu kentang jejarinya sejuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus restoran itu bersetuju menggantikan hidangan tersebut dengan kentang jejari baharu. Bagaimanapun, wanita itu mengekorinya hingga ke bahagian dapur dan melepaskan tembakan ke lantai, demikian menurut stesen televisyen WTOC.

Pihak berkuasa berkata, pemilik restoran kemudian memulangkan semula wang pelanggan tersebut dan dia terus keluar dari premis itu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Ketika polis tiba, wanita itu sudah berlalu pergi. Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya menahan kereta suspek tidak lama kemudian dan memberkasnya.

Polis tidak mendedahkan identiti wanita berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini