Unjuran inflasi kekal 1 peratus - Utusan Malaysia

Unjuran inflasi kekal 1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – AmBank Research mengekalkan unjuran inflasi satu peratus untuk Malaysia bagi tahun ini berikutan kelemahan komponen makanan, langkah memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada September 2018 serta penangguhan pelaksanaan subsidi minyak bersasar.

Firma penyelidikan itu menyifatkan faktor-faktor tersebut akan meningkatkan lagi harga bahan api pengguna ke tahap pasaran pada suku kedua tahun ini.

“Ini turut dipengaruhi oleh persekitaran inflasi yang rendah serta kelonggaran monetari global. Kami juga berpendapat pihak berkuasa masih berpeluang untuk mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) dalam usaha menyokong pertumbuhan,” katanya dalam nota ­penyelidikan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa ini, AmBank ­Research mengekalkan unjuran sebanyak 40 peratus mengenai kemungkinan penurunan kadar itu seterusnya pada separuh kedua 2019 jika tekanan luar dan atau domestik terus ketara.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank pula mengekalkan unjuran Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 0.7 peratus bagi tahun ini berbanding satu peratus pada 2018 dan menyifatkan Bank Negara Malaysia (BNM) masih boleh mengurangkan OPR sekiranya ekonomi global terjejas dan Rizab Persekutuan AS melaksanakan kelonggaran yang lebih agresif.

Secara keseluruhannya bagi 2019, ia mengunjurkan perubahan mekanisme subsidi bahan api berasaskan had harga kepada pemindahan tunai bersasar dengan harga runcit bahan api diapungkan selain impak asas yang rendah akibat perubahan cukai penggunaan yang akan meningkatkan inflasi pada separuh kedua 2019.

“Bagaimanapun, sebarang kenaikan itu adalah terhad, kebanyakannya akibat peningkatan risiko luaran seperti kelembapan pertumbuhan global dan pertikaian antara China, Amerika Syarikat dan Iran,” katanya.

Aktiviti domestik berkemungkinan mendapat kesan dengan sektor perdagangan dan pelaburan dijangka paling ter­jejas.

Semalam, Jabatan Perangkaan menyatakan inflasi teras negara ini meningkat 1.5 peratus pada Jun daripada 0.2 peratus pada Mei, didorong oleh kesan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2018.

Asas inflasi pula naik 1.9 peratus pada Jun daripada 0.4 peratus pada Mei, disokong oleh peningkatan semua kategori berkaitan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini