Shukri kecewa isteri keguguran - Utusan Malaysia

Shukri kecewa isteri keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMPIAN pelakon, Shukri Yahya untuk menimang cahaya mata kedua punah apabila isterinya disahkan keguguran sekitar April lalu.

Pelakon drama Kerana Dia Manusia Biasa itu memberitahu, isterinya, Tya Adnan disahkan hamil sekitar Mac lalu, namun kandungan tersebut hanya bertahan selama sebulan.

Akui Shukri, dia berasa sedikit kecewa dengan kehilangan tersebut kerana mengimpikan kehadiran anak lelaki selepas memiliki seorang anak perempuan, Aaira Ameena yang kini berusia tiga tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Shukri bagaimanapun reda dengan ketentuan Tuhan setelah melihat isterinya tabah berdepan dengan dugaan tersebut.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Shukri tentang perasaannya berdepan dengan dugaan yang dihadapinya itu pada majlis pelancaran Festival Perlumbaan Toyota Gazoo di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

KOSMO!: Apakah perkembangan terbaharu karier seni Shukri?

SHUKRI: Sekarang, saya sedang berehat dan menunggu tarikh untuk kembali ke set penggambaran sebuah drama.

Sementara itu, saya juga terlibat dengan komitmen sebagai peserta Toyota Gazoo untuk tahun ketiga.

Ketika ini, drama lakonan saya Kerana Dia Manusia Biasa sedang bersiaran.

Adakah anda tidak tergugat dengn kemunculan ramai pelakon baharu?

Saya tidak perlu untuk berasa tergugat dengan kehadiran pelakon baharu. Semuanya adalah rezeki masing-masing dan telah ditetapkan oleh Allah.

Sebagai pelakon, saya perlu memberikan kelainan dalam setiap drama. Hal ini kerana, ada kalanya drama lakonan saya ditayangkan dalam tempoh yang dekat. Saya perlu menampilkan kelainan sama ada daripada sudut lakonan, penampilan dan skrip. Saya tidak mahu orang menganggap lakonan saya sama sahaja.

Bagaimanakah dengan kehamilan kedua isteri anda?

Ya, Tya hamil, tetapi mengalami keguguran sekitar April lalu. Kami mendapat berita keguguran tersebut selepas isteri membuat pemeriksaan kerana mengalami sakit perut.

Ketika diperiksa, doktor memaklumkan perut Tya kosong dan anak sudah tiada. Kami reda, mungkin belum rezeki untuk menimang anak kedua lagi.

Apakah perasaan anda setelah mengetahui berita keguguran tersebut?

Sudah tentu pada mulanya saya kecewa kerana memang mengimpikan kehadiran cahaya mata baharu dalam keluarga. Jika boleh, saya menginginkan seorang anak lelaki memandangkan saya telah memiliki seorang anak perempuan Aaira Ameena.

Bagaimanakah isteri anda menerima berita berkenaan?

Alhamdulillah, isteri saya baik sahaja. Tya menganggap kegugurannya sebagai tiada rezeki dan dia yakin ada hikmah di sebalik sesuatu kehilangan. Sekarang ini kami mengambil pendekatan untuk terus berusaha dan berdoa agar Allah makbulkan doa kami.

Adakah anda akan berkongsi kepada umum sekiranya isteri hamil sekali lagi?

Saya rasa lebih baik untuk saya tidak berkongsi berita tersebut pada peringkat awal kehamilan. Saya akan menunggu sehingga perut isteri membesar dan kandungan sudah kuat dan stabil, baharulah kami kongsi.

Saban tahun anda pasti bercuti bersama keluarga. Tahun ini di manakah lokasi percutian anda?

Saya tidak pandai merancang mengenai percutian. Pada kebiasaannya, Tya yang akan menguruskan segala-galanya dari penginapan sehinggalah lokasi.

Saya teringin berkunjung ke Turki. Saya telah beri cadangan kepada isteri. Insya-Allah, pada percutian kali ini kami akan bawa kedua-dua ibu bapa bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini