Okabe adili aksi final - Utusan Malaysia

Okabe adili aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERLAWANAN akhir Piala FA antara Perak menentang Kedah malam esok akan menyaksikan buat pertama kalinya khidmat pengadil luar dari Jepun, Takuto Okabe, digunakan untuk mengadili perlawanan tersebut.

Pengadil berusia 38 tahun itu akan dibantu oleh dua penolong pengadil yang juga rakan senegara, Akane Yagi, 45, dan Osamu Nomura, 30.

Sementara itu, pengadil tempatan, Razlan Joffri Ali, 34, diletakkan sebagai pengadil keempat atau pengadil simpanan bagi perlawanan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penglibatan pengadil luar negara adalah alternatif pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan badan pengendali liga tempatan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam menangani isu mutu pengadilan yang sering tercetus dalam saingan liga domestik.

Okabe adalah pengadil utama saingan Liga Profesional Jepun (J League) yang telah menjadi pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak tahun 2015.

Beliau pernah mengadili perlawanan Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC dari 2016 hingga 2019, turut berpengalaman mengendalikan perlawanan pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 di Korea Selatan, Universiade 2017 di Taiwan dan Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Penolong Okabe, Yagi pula mula menjadi penolong pengadil FIFA sejak 2009 dan berpengalaman bertugas pada Piala Asia 2015 di Australia, Piala Dunia B-20 edisi 2015 di New Zealand dan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, selain perlawanan Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC dari 2015 hingga 2019.

Dalam pada itu, Nomura baharu saja diiktiraf sebagai penolong pengadil FIFA pada tahun ini dan bertugas pada perlawanan Liga Juara-Juara AFC musim ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini