Gerakan akui terima pelawaan pemimpin PKR - Utusan Malaysia

Gerakan akui terima pelawaan pemimpin PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 26 Julai – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau Hoe Chai hari ini mengakui menerima pelawaan daripada beberapa pemimpin PKR untuk menyertai parti itu bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam satu sidang akhbar di sini, Dominic berkata, pihaknya menerima pelawaan itu sebelum isu video seks songsang yang mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut tersebar.

MOHAMED AZMIN ALI
MOHAMED AZMIN ALI 

Beliau walau bagaimanapun enggan menyatakan tarikh dan bagaimana pelawaan itu berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai parti yang berbilang bangsa, kami mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai Gerakan untuk memajukan negara. Pendirian Gerakan ini adalah kekal sama iaitu seperti sebelum ini (perselisihan Mohamed Azmin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini