Dermawan wanita China dipenjarakan - Utusan Malaysia

Dermawan wanita China dipenjarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 26 Julai – Seorang wanita yang pernah digelar sebagai seorang dermawan selepas mengambil 118 kanak-kanak sebagai anak angkat, dipenjarakan selama 20 tahun.

Lapor BBC, Li Yanxia, 54, didapati bersalah di mahkamah Wu’an di wilayah Hebei kelmarin selepas didakwa terbabit dalam kegiatan peras ugut, penipuan, pemalsuan dan mengganggu perintah sosial.

Yanxia turut didenda sebanyak AS$388,000 (RM1.5 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, 15 lagi tertuduh, termasuk teman lelakinya turut disabitkan kesalahan.

Mahkamah mendapati Yanxia telah menyalahgunakan pengaruh rumah anak yatim yang dimilikinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini