Rakitic bakal tinggalkan Barca - Utusan Malaysia

Rakitic bakal tinggalkan Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Cakap-cakap mengenai Ivan Rakitic bakal meninggalkan Barcelona semakin hangat diperkatakan apabila pemain tengah Croatia itu masih belum bersetuju untuk melanjutkan kontraknya.

Menurut media Sepanyol, AS, peranan Rakitic dilihat semakin mengecil sekali gus mendorong dia untuk meninggalkan skuad catalan itu dengan Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG) antara destinasi yang seterusnya.

Bos Barcelona, Ernesto Valverde membeli Frenkie de Jong dari Ajax pada musim panas ini dan mahu menggunakan Sergi Roberto sekali gus menipiskan peluang Rakitic untuk beraksi jika dia terus kekal. Kontrak Rakitic di Camp Nou tamat pada 2021.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia menyertai Barcelona dari Sevilla pada 2014 dan telah membuat penampilan lebih 250 bersama kelab gergasi Sepanyol itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini