Negara Islam perlu gembleng sumber pulih kegemilangan tamadun Islam - Utusan Malaysia

Negara Islam perlu gembleng sumber pulih kegemilangan tamadun Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA – Wujud keperluan untuk negara-negara Islam seperti Malaysia, Turki dan Pakistan untuk menggembleng sumber dan aset bagi memulihkan tamadun Islam yang unggul dan hebat, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, umat Islam hari ini berada dalam keadaan kacau-bilau dan pada ketika ini tiada usaha yang kukuh dilaksanakan bagi menangani masalah ini.

“Saya percaya kita akan dapat bekerjasama untuk melihat masalah ini. Hari ini kita tidak boleh mendakwa kita adalah peradaban yang hebat sepeti sebelum ini…kita semua ditindas dan kita sangat mundur,” katanya pada sidang akhbar bersama Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan di Kompleks Presiden di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, negara-negara Islam harus melakukan sesuatu untuk menangani kelemahan dan kebergantungan terhadap pihak lain.

Mahathir kini dalam rangka lawatan kerja rasmi empat hari ke Turki sejak Rabu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini