[VIDEO] Kumpulan paus ditemui di perairan Terengganu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kumpulan paus ditemui di perairan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Seminggu selepas digemparkan dengan kehadiran sepasang ikan paus pembunuh, perairan Terengganu sekali lagi menggamit kehadiran satu lagi spesies paus terancam iaitu ikan paus pilot sirip pendek.

Sekumpulan ikan paus pilot sirip pendek atau nama saintifiknya, Globicephala Macrorhynchua tersebut ditemui berenang di perairan Besut berhampiran Pulau Perhentian oleh nelayan tempatan pada kelmarin.

Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan Penyu dan Hidupan Marin Terancang Rantau Abang, Mohd. Tamimi Ali Ahmad berkata, ikan paus terbabit ditemui berenang secara berkumpulan antara 10 hingga 50 ekor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, setiap ekor ikan terbabit dianggarkan seberat antara satu hingga tiga tan 
bagi dewasa manakala 60 hingga 500 kilogram pula bagi anaknya.

“Berdasarkan rekod, ini kali pertama ikan paus pilot sirip pendek ditemui di perairan Terengganu. Kali terakhir mamalia spesies ini berada di perairan negara di Sarawak dan Labuan masing-masing pada tahun 2013 dan 2015 dalam keadaan mati terdampar.

“Marin spesies ini dipercayai turut menjadikan Laut China Selatan berhampiran perairan Terengganu sebagai laluan migrasinya seperti ikan paus pembunuh tempoh hari,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini