Singapura tahan dua lelaki cuba menyertai kumpulan Daesh  - Utusan Malaysia

Singapura tahan dua lelaki cuba menyertai kumpulan Daesh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 25 Julai – Dua rakyat Singapura yang didakwa berniat untuk menyertai kumpulan Daesh di Syria, telah ditahan tanpa perbicaraan di bawah undang-undang keselamatan negara itu, kata pihak berkuasa.

Kementerian Dalam Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, seorang pengurup wang, Kuthubdeen Haja Najumudeen, 36, telah ditahan pada Mei lalu manakala bekas pembantu kurier, Suderman Samikin, 47, ditahan pada bulan ini.

Kedua-dua lelaki itu ditahan dalam dua kes berasingan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga dua tahun. – AFP.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini