IPOH 25 Julai – Pemain pasukan Perak menyertai majlis bacaan Yassin dan solat hajat sempena perlawanan akhir Piala FA di Masjid Negeri di sini hari ini.
Majlis turut disertai oleh jurulatih, Mehmed Durakovic, pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah dan para penyokong.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan Yassin, solàt Isyak dan solat hajat.
Memuatkan artikel berkaitan…
Perak akan menentang Kedah pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini. – UTUSAN ONLINE











