Beri layanan terbaik kepada jemaah - Imam Masjidilharam - Utusan Malaysia

Beri layanan terbaik kepada jemaah – Imam Masjidilharam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 25 Julai – Ketua Hal Ehwal Dua Kota Suci Arab Saudi, Sheikh Abdulrahman al-Sudais meminta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti di sekitar masjid suci di Madinah dan Mekah memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji tahun ini.

Beliau yang juga Imam Masjidilharam berkata, langkah tersebut sangat penting ke arah menentukan kejayaan rancangan kerajaan menyantuni Tetamu Allah tahun ini dengan sebaik mungkin.

“Sehubungan itu, tahap prestasi dan perkhidmatan perlu ditingkatkan bagi mencapai Wawasan 2030,” katanya yang dipetik melalui portal berita Arab News.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wawasan 2030 merupakan rancangan persediaan Arab Saudi untuk tidak lagi bergantung kepada petroleum sebagai sumber pendapatan dan penggerak ekonomi negara di masa depan.

Sementara itu, beberapa agensi kerajaan di Madinah telah mengadakan siri ceramah latihan untuk pengamal perubatan dengan kerjasama Agensi Bulan Sabit Merah Saudi sebagai sebahagian daripada program bantuan Putera Naif.

Pengarah Jabatan Latihan Agensi Bulan Sabit Merah Saudi di Madinah, Musaid Hamed Al-Hajjili berkata, siri latihan itu sebagai persediaan menghadapi musim haji kali ini.

Beliau berkata, kerajaan Arab Saudi akan mengendalikan lebih daripada satu setengah juta jemaah haji dari seluruh dunia dan lebih daripada 3,000 petugas kesihatan akan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini