PARIS 25 Julai – Fenomena gelombang haba melampau yang telah mencatatkan rekod peningkatan suhu di Eropah, dijangka semakin teruk hari ini.
Keadaan itu juga secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan mengenai kesihatan awam selain menjejaskan aliran trafik kereta api.
Selain Belgium, Jerman dan Belanda yang mengalami cuaca panas yang memecahkan rekod semalam, Britain dan Paris juga diramalkan mencatatkan bacaan suhu tertinggi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Fenomena gelombang haba yang dijangka kembali reda mulai esok ekoran hujan dan ribut petir, sekali lagi mencetuskan tumpuan terhadap masalah yang disebabkan oleh perubahan iklim. – AFP.











