Dua pekerja syarikat kapal maut  - Utusan Malaysia

Dua pekerja syarikat kapal maut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 25 Julai – Dua pekerja sebuah syarikat perkapalan maut selepas kenderaan pacuan empat roda mereka terlibat kemalangan di kilometer 346, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu mengakibatkan Mohamad Farizul Firdaus Shafie, 29 , dan rakan sekerjanya Shamsul Bahri Mangsor, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari pejabat mereka di Kuala Terengganu bagi menyelesaikan tugasan luar daerah di Kemaman. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu Shamsul Bahri dikatakan hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di kiri jalan.

“Pasukan peronda yang mengeluarkan kedua-dua mangsa menyedari mangsa sudah meninggal dunia dan kemudian memaklumkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi. 

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Menurut Baharudin, kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini