Empat murid perempuan cedera bas langgar tiang lampu - Utusan Malaysia

Empat murid perempuan cedera bas langgar tiang lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 25 Julai – Seramai empat murid perempuan Sekolah Kebangsaan Seremban 2A dan 2B di sini cedera ringan selepas bas sekolah yang membawa mereka melanggar sebatang tiang lampu di Jalan Mantau Indah 3 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, dua murid berusia enam tahun luka di dahi, manakala dua lagi murid berumur 9 tahun cedera di bahagian kaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Ibrahim Mohd. Abdul Kadir berkata, sebuah bas sekolah jenis Ford Spectron itu dipandu seorang lelaki berumur 23 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemalangan berlaku semasa bas sekolah itu dalam perjalanan dari arah Seremban 2 menuju ke kawasan Taman Mantau Indah untuk menghantar pulang murid ke rumah masing-masing.

“Kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar sebatang tiang lampu di tempat kejadian. Pemandu mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan itu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Ibrahim berkata, spesimen darah pemandu bas sekolah itu telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis dadah dan alkohol.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini