GPMS Kelantan tumpu program pendidikan sekolah - Utusan Malaysia

GPMS Kelantan tumpu program pendidikan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 25 Julai – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri ini akan memfokuskan aktiviti sepanjang penggal 2019/2021 kepada program-program jelajah motivasi ke sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT).

Pengerusinya, Azwan Mat Hussain berkata, pihaknya akan mengembalikan fungsi asal pertubuhan bagi membantu dan membimbing pelajar-pelajar sejak di bangku sekolah lagi supaya pertubuhan itu sentiasa relevan dan selari dengan pindaan umur belia baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya juga turut memberi fokus khas kepada pelajar-pelajar di aliran agama terutama dari sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program-program akan melibatkan keperluan sebelum dan selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Ini termasuklah motivasi dan persediaan peperiksaan serta program pendedahan mengenai bidang khusus untuk peringkat IPT serta kerjaya ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan khas GPMS Kelantan dengan kerajaan negeri yang diwakili Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan & NGO negeri, Zuraidin Abdullah di sini baru-baru ini. 

Yang turut hadir, Naib Presiden GPMS Malaysia, Nik Saiful Adli Burhan, serta ahli-ahli Jawatankuasa GPMS Negeri Kelantan.

Dalam pertemuan itu, Zuraidin turut dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat GPMS Kelantan bagi sesi 2019/2021. 

Azwan berkata, meskipun gerak kerja sebegini dilihat sebagai kaedah klasik, namun ianya sentiasa difikirkan paling sesuai dengan kehendak pendidikan di semua peringkat zaman.    -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini