Azmin masih bersama PKR setakat ini - Saifuddin - Utusan Malaysia

Azmin masih bersama PKR setakat ini – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 25 Julai – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih kekal sebagai ahli parti itu sehingga kini.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang maklumat yang menyatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama 10 Ahli Parlimen PKR seperti yang hangat diperkatakan.

Tambahnya, beliau tidak boleh bergantung kepada berita tidak sahih seperti itu termasuk yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Azmin adalah anggota PKR pada saat ini, kedepan saya tak tahulah… Sudah berlaku (keluar) belum? Belum (kan)..bila dah berlaku nanti datang dan tanya saya balik.

“Ia kekal maklumat yang begitu (desas-desus), yang tertakluk kepada pengesahan. Saya tak dapat komen ya atau tidak kerana saya harus berpandukan maklumat daripada sumber yang sahih iaitu yang dimaklum atau dibentangkan dalam mesyuarat-mesyuarat parti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian selepas menyampaikan watikah Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP) Zon Utara, di sini hari ini.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Lembaga Displin PKR yang memanggil Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berbuat demikian kerana terdapat aduan yang dibuat terhadap mereka dan beberapa lagi ahli parti.

“Dalam mesyuarat Biro Politik semalam, kami dimaklumkan oleh Jawatankuasa Disiplin bahawa beberapa aduan telah dibuat membabitkan beberapa nama.

“Pada masa sama, jawatankuasa itu mengingatkan kembali pihak terlibat supaya patuh dengan nasihat yang pernah diberi sebelum ini seperti tidak mengeluar kenyataan tanpa fakta terhadap parti atau mana-mana pemimpin.

“Apabila disahkan ada terima aduan maka Jawatankuasa Disilpin keluarkan satu lagi peringatan sebelum diikuti prosedur berikutnya iaitu memberikan surat tunjuk sebab dan sebagainya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini