SPR mohon maaf kejadian pelajar Politeknik Balik Pulau keracunan makanan  - Utusan Malaysia

SPR mohon maaf kejadian pelajar Politeknik Balik Pulau keracunan makanan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 25 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon maaf berhubung insiden keracunan makanan melibatkan sekumpulan pelajar Politeknik Balik Pulau yang mengalami keracunan makanan selepas mengikuti Program Pendidikan Pengundi anjuran SPR.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal dan bersimpati di atas kejadian yang menimpa pelajar berkenaan.

Menurut Azhar, seramai 207 pelajar di politeknik itu telah mengikuti Program Pendidikan Pengundi anjuran SPR melalui Akademi Pilihan Raya (APR) yang bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan mengenai proses pilihan raya di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak SPR melantik syarikat pembekal makanan tempatan bagi menyediakan makan tengah hari kepada para pelajar, tenaga pengajar dan petugas SPR semasa program ini.

“Kita terkejut apabila mendapat maklumat bahawa terdapat 85 pelajar disahkan mengalami keracunan makanan yang mana 84 daripadanya dirawat sebagai pesakit luar manakala seorang lagi terpaksa menerima rawatan di wad,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, lebih 50 pelajar semester satu Politeknik Balik Pulau mengalami keracunan makanan dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau selepas beberapa jam menimkmati makanan tengah hari.

Mereka dikatakan dihidangkan nasi berlaukkan ayam masak merah, telur dan sayur kubis.

Azhar berkata, SPR juga dimaklumkan siasatan sudah dimulakan oleh Jabatan Kesihatan negeri bagi mengenal pasti punca keracunan makanan itu.

“SPR berterima kasih atas bantuan Jabatan Kesihatan negeri, Hospital Balik Pulau (HBP), Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Politeknik Balik Pulau dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menangani kejadian ini.

“Pelajar dan tenaga pengajar yang terlibat dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekiranya masih berasa tidak sihat dan terdapat tanda-tanda keracunan makanan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini