Angkasa saran tumpu pembangunan koperasi sekolah - Utusan Malaysia

Angkasa saran tumpu pembangunan koperasi sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Kerajaan perlu menumpukan tumpuan terhadap koperasi sekolah bagi merealisasikan hasrat Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030.

Presiden  Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sebanyak 2,421 bilangan sekolah menengah kebangsaan (SMK) sudah bernaung di bawah Angkasa sebagai langkah melahirkan usahawan muda bermula dari peringkat sekolah. 

“Dasar polisi dan peruntukan yang mencukupi diberikan kepada koperasi sekolah supaya budaya keusahawanan dapat dipupuk. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi menyediakan hasrat tersebut, Angkasa ingin menanamkan budaya keusahawanan menerusi koperasi sekolah dengan menyediakan barisan pelapis pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Utusan Online dalam Majlis Penerangan Dan Dialog Kepada Koperasi Baru Untuk Menjadi Ahli Angkasa 2019 dekat sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa merasmikan Dasar Koperasi Negara 2030 baru-baru ini menegaskan pentingnya dasar keusahawan dalam menggerakkan ekonomi negara bukan sahaja dalam kalangan usahawan malah seluruh rakyat Malaysia. 

Antara objektif dasar yang dipertengahkan adalah mewujudkan pembangunan keusahawanan bersepadu dan holistik supaya strategik ditekankan koperasi sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi yang inklusif. 

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, beliau akan membincangkan bersama Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkenaan isu-isu berbangkit di sekolah terutama penglibatan lembaga ahli koperasi. 

“Isu yang menjadi masalah lembaga koperasi di sekolah terutamanya semasa guru yang perlu menjaga koperasi dan dalam masa sama juga melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat seimbang dalam kedua-dua perkara tersebut.

“Perlu wujud satu guru kanan koperasi iaitu kini sudah ada guru penolong kanan kokurikulum,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini