Latihan ancaman keganasan di LTSAAS - Utusan Malaysia

Latihan ancaman keganasan di LTSAAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengadakan satu latihan ancaman keganasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di sini.

Dalam latihan bermula pada pukul 9 pagi itu telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia serta syarikat-syarikat penerbangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, latihan berkenaan bertujuan mengenal pasti kekurangan selain menambah baik tahap kesiapsiagaan komunikasi antara agensi terlibat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lapangan terbang adalah antara sasaran utama ancaman pengganas. Jadi, adalah amat penting untuk setiap agensi mengetahui langkah yang perlu diambil jika menghadapi krisis seperti itu.

“Untuk rekod, kita pernah terima satu ancaman bom palsu pada tahun 2017 daripada seorang penumpang wanita dan hal itu berjaya ditangani dengan baik,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, bagi PDRM sahaja, seramai 34 pegawai dan anggota terlibat membabitkan elemen UTK, Komando 69 (VAT69), Unit Anjing Pengesan K-9 PDRM, Forensik PDRM, Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Tiger Platun PGA Briged Tengah.

“Latihan yang membabitkan 350 peserta sebegini akan diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan keselamatan terutamanya di kawasan lapangan terbang,” jelasnya.

Latihan terbabit menyaksikan sekumpulan militan bertindak ‘menculik’ lima orang kenamaan sebelum polis berjaya mendapatkan semula tebusan menerusi pelbagai teknik dan strategi serangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini