KUALA LUMPUR 25 Julai – Penyanyi Wan Azlyn mahu menggantikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menerusi lagu Anta Permana seandainya lagu itu berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) akan datang.
Wan Azlyn atau nama sebenarnya Wan Adlyn Maasyah Mohd.Shah, yakin dengan kebolehan diri dan mampu membawakan lagu tersebut dengan baik.
Malah, penyanyi lagu Takkan Ada ini turut mendapat sokongan daripada syarikat pengurusannya iaitu FMC Music.
“Kalau diberi peluang memang saya nak bawa lagu Anta Permana. Saya yakin mampu bawa lagu Siti Nurhaliza dengan baik.
“Bersandarkan pengalaman saya sewaktu menyertai dangdut akademi asia di jakarta dan mewakili malaysia menerusi pertandingan Sing! china di shanghai sy 100% yakin saya boleh.
“Dia antara idola saya. Walaupun tak seratus peratus sama vokal nyanyian kami, tapi insyallah saya boleh menguasai lagu terbabit dengan baik.
“Pihak pengurusan ada menghubungi komposer dan penulis lirik lagu terbabit iaitu Hael Husaini.
“Saya tahu dia ada pilihan artis sendiri untuk menyanyikan lagu hasil ciptaanya tetapi tak salah untuk saya mencuba, saya berharap Hael Husaini memberi saya peluang dan in sya allah saya akan lakukan sehabis baik ” katanya. -UTUSAN ONLINE











