Mahathir ziarah makam pengasas Turki - Utusan Malaysia

Mahathir ziarah makam pengasas Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Khamis memulakan program rasmi beliau di Turki dengan majlis meletak kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk, pengasas yang juga Presiden pertama Turki, di Anitkabir di sini.

Mahathir turut menandatangani Buku Penghormatan sebelum meneruskan acara yang berikutnya.

Perdana Menteri juga akan melawat Industri Angkasalepas Turki (TAI) iaitu pusat teknologi Turki dalam rekabentuk, pembangunan, pemodenan, perkilangan, integrasi dan sokongan kitaran hidup bagi sistem angkasalepas yang bersepadu, daripada  platform udara sayap tetap dan berputar kepada UAV dan satelit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada Khamis, Mahathir akan mengadakan mesyuarat dengan Erdogan di Kompleks Presiden di sini dan diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.

Mahathir tiba di sini pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari di Turki. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini