Mekanisme baharu pembayaran pinjaman rumah - Utusan Malaysia

Mekanisme baharu pembayaran pinjaman rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperkenalkan mekanisma baharu bagi pembayaran pinjaman rumah dan penyelesaian hutang tunggakan yang lebih efisien.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mencari kaedah sesuai bagi melaksanakan mekanisma berkenaan.

Katanya, mekanisme baharu itu juga akan memberi peluang dan memudahkan peminjam PTPTN yang disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) untuk membuat pembelian rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun pinjaman pembiayaan rumah itu tertakluk kepada bank untuk membuat penilaian dan meluluskannya.

“Tindakan itu bagi memastikan generasi muda mampu membeli rumah impian pertama mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran portal Hi HOME di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini