Perak miliki sedikit kelebihan - Ahmad Shahrul Azhar - Utusan Malaysia

Perak miliki sedikit kelebihan – Ahmad Shahrul Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Julai – Bekas kapten pasukan Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian meramalkan peluang seimbang di antara pasukan Perak dan Kedah untuk bergelar juara Piala FA dalam perlawanan akhir pada Sabtu ini.

Ahmad Shahrul Azhar Sofian
Ahmad Shahrul Azhar Sofian 

Begitupun menurutnya, Perak memiliki sedikit kelebihan iaitu berdasarkan prestasi pasukan The Boss Gaurus ketika menuju ke penghujung saingan Liga Super.

Menurutnya, prestasi Perak begitu baik ketika ini walaupun Perak kalah 2-4 kepada Kedah dalam perlawanan kedua terakhir liga pada 13 Julai lalu di Stadium Darul Aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, keputusan itu mungkin disebabkan kedua-dua pasukan mempunyai percaturan masing-masing menjelang final Piala FA.

“Namun Kedah juga kalah dalam perlawanan terakhir liga, 1-5 kepada pasukan kelompok bawah iaitu Felda United pada Ahad lalu. 

“Pada pandangan saya, peluang kedua-dua pasukan 50-50, cuma saya lihat Perak ada sedikit kelebihan iaitu prestasi semasa mereka dalam Liga Super.

“Namun pasukan mana yang cepat menyesuaikan diri dengan tekanan perlawanan dan tidak melakukan kesilapan mudah akan muncul sebagai pemenang,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Shahrul Azhar yang menjulang Piala FA bersama Perak pada tahun 2004 berkata, sejak dahulu lagi pertembungan dengan Kedah sememangnya menjadi badi buat pasukan Perak.

Menurutnya, namun beliau yakin himpunan pemain dalam skuad Perak ketika ini yang sudah lama dalam satu pasukan sepatutnya  sudah boleh menuai hasil.

“Keserasian sesama pemain semakin mantap kerana pasukan yang ada sekarang adalah hasil daripada program pembangunan yang dijalankan sejak sekian lama,” katanya.

Ahmad Shahrul Azhar yang merupakan antara legenda pasukan Perak turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain Perak.

Katanya, final Sabtu ini merupakan peluang untuk para pemain mencipta kejayaan.

“Peluang sebegini tidak datang banyak kali. Inilah masa untuk pemain menunjukkan kepada semua bahawa mereka sememangnya layak untuk merangkul trofi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini