'Tengok parti sendiri, bukannya UMNO' - Utusan Malaysia

‘Tengok parti sendiri, bukannya UMNO’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam partinya sendiri sebelum membuat sebarang kenyataan terhadap parti lain.

Penegasan itu dilakukan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Anwar menyelesaikan masalah ‘retak menanti belah’ dalam PKR dan bukannya bercakap mengenai UMNO.

Menurut Ahmad Zahid, bukan sahaja PKR, malah dalam Pakatan Harapan (PH) juga berlaku kemelut antara parti komponen yang boleh diibaratkan sebagai ‘sudah terang lagi bersuluh’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anwar terlalu terhutang budi dengan DAP. Semua yang dilaksanakan DAP dianggap benar belaka kerana parti itu adalah tulang belakang serta rakan kongsi politik yang harus digendong olehnya bagi tujuan mencapai cita-cita politik beliau.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula tidak pernah mengamalkan perkauman. Agenda kami untuk turut menjaga kepentingan semua bangsa dan agama akan terus dilaksanakan seperti sebelum ini. Ia terbukti ketika BN menjadi kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan yang kerjasama UMNO dan Pas turut melibatkan pelaksanaan dasar menjaga semua golongan bersama parti-parti lain yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Katanya, hanya ‘kacang yang melupakan kulit’ sahaja yang akan menganggap UMNO sebagai parti perkauman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini