Abd. Jalil dilantik sebagai Ketua Polis Pahang baharu - Utusan Malaysia

Abd. Jalil dilantik sebagai Ketua Polis Pahang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Abd. Jalil Hassan hari ini menerima tugas sebagai Ketua Polis Pahang.

Abd. Jalil, 56, yang mula berkhidmat dengan PDRM sejak 17 Disember 1989, mengambil alih tugas tersebut daripada Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri yang memangku jawatan Ketua Polis Pahang sejak 14 Jun lalu.

“Ketenteraman rakyat di negeri ini menjadi agenda utama saya kerana kami (polis) tidak mahu rakyat berasa gusar,” kata Abd. Jalil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sejurus Majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Sejak pertengahan Jun lalu, bekas Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman.

Selepas Mohd. Zakaria kembali ke Bukit Aman, jawatan Ketua Polis Pahang dipangku Mohd. Yusri sebelum tugas itu diambil alih Abd. Jalil berkuat kuasa hari ini.

Serentak pelantikan itu juga, Mohd. Yusri kembali memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini