Sejauh mana tanggungjawab kerajaan terhadap anak muda - Utusan Malaysia

Sejauh mana tanggungjawab kerajaan terhadap anak muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 25 Julai – Langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun disambut baik semua pihak yang melihat kepentingan anak muda adalah penting dalam menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Bagaimanapun, soal Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Mohamad Fadzil Zolkipli, sejauh mana tanggungjawab kerajaan terhadap anak muda ini atau pun sekadar mewujudkan satu kelompok untuk dihidangkan dengan janji-janji baharu yang akhirnya tidak dilaksanakan.

Katanya,  langkah tersebut mungkin satu strategi baharu bagi Pakatan Harapan (PH) selepas menipu dalam menunaikan janji manifesto ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa yang kita lihat berlaku ialah bukan tentang pengukuhan orang muda, tapi ialah adalah sebaliknya. Kita lihat yuran UTM (Universiti Teknologi Malaysia) naik, yuran UM (Universiti Malaya) naik dan biasiswa Felda untuk pelajar cemerlang ke luar negara pula dipotong. 

“Yang terbaharu, projek naik taraf kemudahan sekolah di Sarawak juga dikenakan syarat supaya kerajaan negeri menyelesaikan hutang RM1 billion, yang masih belum matang, kepada kerajaan Persekutuan terlebih dahulu. 

“Perkembangan ini tidak menunjukkan sebarang usaha kerajaan untuk memperkasakan golongan muda, tapi sebenarnya adalah 100 langkah ke belakang,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini