[VIDEO] Mahkamah Jalan Duta terima maklumat ancaman bom - Utusan Malaysia

[VIDEO] Mahkamah Jalan Duta terima maklumat ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berlangsung sebentar tadi terpaksa ditangguhkan selepas Mahkamah Jalan Duta di sini dimaklumkan terdapat ancaman bom.

Ekoran itu, kesemua kakitangan mahkamah termasuk orang awam diarahkan mengosongkan bangunan serta-merta kira-kira 12.30 tengahari.

Difahamkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9)  sudah berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk membuat pemeriksaan secara menyeluruh kompleks mahkamah ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, setakat ini tidak diketahui samaada ancaman bom itu benar ataupun palsu. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini