6 lagi pegawai dan penguat kuasa JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah - Utusan Malaysia

6 lagi pegawai dan penguat kuasa JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 25 Julai – Seramai enam lagi pegawai dan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 40 pertuduhan rasuah membabitkan nilai suapan keseluruhannya berjumlah RM20,050.

Dalam prosiding itu, kesemua mereka yang merupakan pegawai dan penguatkuasa Gred 19 hingga 29 didakwa menerima rasuah berkenaan daripada seorang pengarah syarikat pengangkutan bagi melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini.

Kesemua tertuduh turut berdepan 40 pertuduhan pilihan iaitu memperoleh untuk mereka suatu benda berharga tanpa suatu balasan daripada pengarah syarikat sama bagi tujuan dan tindakan sama (melindungi pemandu lori).

Memuatkan artikel berkaitan…
ENAM lagi anggota dan pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dihadapkan
ENAM lagi anggota dan pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth atas pertuduhan rasuah membabitkan nilai suapan keseluruhannya berjumlah kira-kira RM20,050. – UTUSAN ONLINE

Tertuduh terdiri daripada Muhammad Rozaidi Azmi, 36,(10 pertuduhan); Khairol Azri Abd. Rahman,32, (lapan pertuduhan); Mohd Ependi Hassan,33 (enam pertuduhan), Saidatul Hanim Sabudin, 33, (sembilan pertuduhan), Mohamad Noor Ibrahim, 44, (enam pertuduhan) dan V. Chandrasegaran, 49, (satu pertuduhan).

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik sahaja kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nizam Zakaria.

Mengikut pertuduhan utama, kesemua mereka didakwa secara rasuah menerima suapan bagi diri mereka daripada Pengarah Syarikat Sam Lian Transport &Tyre Sdn Bhd dan TSR Transport Sdn. Bhd., Ooi Cheng Keat sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas lori-lori milik syarikat terbabit (Sam Lian dan Tyre Sdn. Bhd.) yang mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ENAM lagi anggota dan pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dihadapkan
ENAM lagi anggota dan pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth atas pertuduhan rasuah membabitkan nilai suapan keseluruhannya berjumlah kira-kira RM20,050. – UTUSAN ONLINE

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pelbagai buah bank di Bukit Mertajam di antara Mac 2015 hingga Julai 2018.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta sama.

Kesemua mereka turut berdepan dengan pertuduhan pilihan iaitu memperoleh untuk mereka suatu benda berharga tanpa suatu balasan daripada pengarah syarikat sama bagi tujuan dan tindakan sama (melindungi pemandu lori).    

Untuk pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azlan Basri menawarkan jaminan masing-masing antara RM15,000 hingga RM20,000 bagi semua pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Nizam kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin antara RM8,000 hingga RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 12 September depan untuk sebutan semula kes.

Kesemua tertuduh juga diminta untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azlan Basri manakala lima tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh serta seorang tertuduh, V. Chandrasegaran pula tidak diwakili peguam.

Semalam, seramai enam anggota dan pengawai penguatkuasa JPJ didakwa atas pertuduhan yang sama manakala sembilan lagi turut didakwa pada 28 Mei lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini