KUALA LUMPUR 25 Julai – Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini gempar apabila semua yang berada di premis terbabit diminta untuk mengosongkan bangunan itu ekoran terdapat ancaman bom.
Pada ketika itu, perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berlangsung di aras lima bangunan terbabit.
Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9) sudah berada di kompleks itu bagi melakukan siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











