150 paket gula-gula berasap dirampas - Utusan Malaysia

150 paket gula-gula berasap dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 150 paket gula-gula berasap (ghost smoke cool fruit powder) bernilai RM37.50 dalam pemeriksaan bermula 23 Julai lalu.

Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd. Hairul Bohro berkata, kejayaan itu hasil pemeriksaan ke atas sebuah syarikat pemborong makanan ringan di kawasan Masai, Pasir Gudang dekat sini.

“Sehingga hari ini, KPDNHEP Johor menjalankan 132 pemeriksaan ke atas premis membabitkan gerai dan penjaja berhampiran sekolah seluruh negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah melakukan siasatan pihak kita berjaya menjejaki syarikat pemborong makanan ringan di Masai, Pasir Gudang yang didapati membekalkan produk makanan tersebut kepada peniaga,” katanya pada sidang akhbar di Menara Ansar di sini hari ini.

Hairul Anuar berkata, berdasarkan maklumat harga jualan kepada peringkat peruncit adalah sekitar RM7.50 sekotak dan peruncit menjual kepada pelajar sekolah adalah RM0.50 satu paket.

Beliau tidak menolak kemungkinan bekalan itu diimport sebelum dipasarkan di negeri ini namun pihaknya masih menyiasat sumber bekalan gula-gula diperolehi.

Jelasnya, pemeriksaan dilakukan susulan pendedahan media serta video tular sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa sebelum pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengedarkan surat larangan beli produk makanan tersebut.

Hairul berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci ke atas barangan yang dirampas itu kerana maklumat, kandungan serta label logo halal diragui.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini