Sekolah kena bersihkan najis burung, punca pelajar mual dan loya - MB - Utusan Malaysia

Sekolah kena bersihkan najis burung, punca pelajar mual dan loya – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Julai – Pihak sekolah khususnya Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang perlu mengambil inisiatif bagi menggerakkan kerja pembersihan najis burung merpati yang terdapat di sekolah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal turut memberitahu pihaknya tidak menafikan najis burung berkenaan antara punca pelajar berasa mual dan loya pada ketika itu. 

“Semasa lawatan ke sekolah berkenaan dibuat, memang benar banyak najis burung berkumpul di dalam salah satu kelas. 

Memuatkan artikel berkaitan…
MB JOHOR
SAHRUDDIN Jamal melihat perkataan Johor dalam tulisan jawi sebagai simbolik perasmian Majlis Sambutan Jubli Perak Ke 25 Tahun di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar, Johor Bahru hari ini. – UTUSAN ONLINE/ Baazlan Ibrahim

“Takkanlah pihak sekolah membiarkan sahaja keadaan itu, mereka boleh usahakan kerja membersihkan sama ada secara gotong-royong atau meminta bantuan pihak berkuasa tempatan,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar (KPPSI) di sini sebentar tadi. 

DEEJAY Johor FM, Md.Saufi Md. Nawawi mengadakan temu ramah dengan Sahruddin Jamal (kanan) dan Ketua
DEEJAY Johor FM, Md.Saufi Md. Nawawi mengadakan temu ramah dengan Sahruddin Jamal (kanan) dan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Abdul Muis Sheifi selepas Majlis Sambutan Jubli Perak Ke  25 Tahun di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor Bahru di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE/ Baazlan Ibrahim

Pada 23 Julai lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar memberitahu, terdapat kemungkinan bau najis burung itu dan hamanya menjadi faktor murid di sekolah berkenaan mengalami simptom sesak nafas dan muntah berterusan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini