Rugi RM9,500 dikelentong lelaki menyamar rakan - Utusan Malaysia

Rugi RM9,500 dikelentong lelaki menyamar rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN – Seorang pemborong kelapa sawit di sini kerugian RM9,500 selepas diperdaya individu menyamar sebagai rakannya yang menghubungi melalui panggilan telefon.

Dalam kejadian semalam, mangsa berusia 53 tahun dihubungi suspek yang menyamar sebagai rakannya dan ingin meminjam wang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa tidak mengesyaki apa-apa kerana rakannya itu kerap meminjam dan membayar balik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa memasukkan wang ke dalam nombor akaun milik orang tidak dikenali seperti yang diberikan suspek pada pukul 1.30 petang semalam.

“Selepas itu, mangsa mengirim gambar resit transaksi bank kepada rakannya melalui WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, mangsa menyedari tertipu ketika berjumpa rakannya itu pada pukul 6 petang semalam.

“Ketika berjumpa, rakannya bertanya mengenai gambar resit yang dihantar oleh mangsa dan memaklumkan tidak pernah menghubungi mangsa sejak empat hari lalu,” katanya.

Kes dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini