KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Selatan Bali, Indonesia pada pukul 9.17 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 244km selatan dari Denpasar.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – Bernama
Memuatkan artikel berkaitan…











