Emery kibar 'bendera putih' buru gelaran - Utusan Malaysia

Emery kibar ‘bendera putih’ buru gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARYLAND – Saingan liga masih belum bermula, namun pengurus Arsenal, Unai Emery sudah mengibarkan bendera putih dalam perebutan takhta Liga Perdana England (EPL) musim baharu nanti.

Kata pengendali dari Sepanyol itu, perbezaan dengan dua pasukan terbaik musim lalu, Manchester City dan Li­verpool terlalu jauh, sekali gus menyebabkan The Gunners sukar untuk mencabar takhta kejuaraan liga.

Justeru, Emery berharap penyokong-penyokong Arsenal bersikap realistik dan beliau menjadikan kedudukan dalam kelompok empat teratas liga sebagai sasaran utama bagi melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami perlu realistik kerana jurang antara kami de­ngan City dan Liverpool terlalu jauh, jadi apa yang akan kami lakukan musim ini adalah untuk kurangkan perbezaan itu serta menampilkan aksi lebih kompetitif.

“Sekiranya kami mahu pa­sukan ini lebih mantap, saya fikir Arsenal perlu menambah baik benteng pertahanan serta kekalkan penyerang sedia ada. Saya tahu sukar untuk kami bersaing dengan pasukan besar tetapi Arsenal ada kualiti untuk mencabar kelompok empat teratas,” kata Emery.

Dengan dana perpindahan yang diperuntukkan seba­nyak £45 juta (RM230.5 juta), bekas jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) itu percaya mereka tidak mampu untuk bersaing dengan pasukan lain bagi mendapatkan khidmat pemain-pemain ternama.

“City, Liverpool dan Tottenham Hotspur terus membawa masuk pemain-pemain baharu, sementara Chelsea mengekalkan kebanyakan pemain utama. Sementara itu, United yang menamatkan saingan musim lalu di belakang kami turut tidak ketinggalan memperkasakan pasukan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini