Trio Brazil sedia gempur Kedah - Utusan Malaysia

Trio Brazil sedia gempur Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 24 – Tiga pemain import dari Brazil sedia untuk membantu Perak membawa pulang Piala FA selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2006.

Penyerang Ronaldo Henrique Silva, Raianderson da Costa Morais atau Careca dan pemain tengah, Leandro dos Santos melaungkan keazaman untuk menggempur kubu pasukan Kedah pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.

Menurut Ronaldo, dia menyandarkan prestasi semasanya yang telah menjaringkan lapan gol dalam 12 perlawanan bersama Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dia akan menggunakan kelebihan bermain dengan dua lagi rakan senegaranya untuk meledak gol.

“Walaupun kami tidak pernah bermain bersama sebelum ini, namun, keserasian antara saya dan Careca dibantu Leandro di bahagian tengah banyak membantu menghasilkan jaringan buat pasukan.

“Pemain lawan juga tidak faham pertuturan antara kami yang bercakap dalam bahasa Portugis. Tidak lupa juga rakan-rakan sepasukan lain yang banyak memberikan kerjasama sebagai sebuah pasukan,” katanya.

Mengenai pasukan Kedah, Ronaldo menyifatkan Kedah mempunyai corak permainan yang bagus.

“Namun saya hanya mahu memberi fokus kepada aksi di atas padang, bagaimana untuk mengatasi benteng pertahanan mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini