26,000 tiket terjual di Kedah - Utusan Malaysia

26,000 tiket terjual di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Berita baik buat peminat dan penyokong Lang Merah di Lembah Klang yang masih belum mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kedah menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Ini berikutan terdapat baki kira-kira 4,000 keping tiket lagi, setelah 26,000 tiket berjaya dijual di kaunter Stadium Darul Aman, semalam termasuk 10,000 daripadanya yang diperuntukkan khas.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Anas Hafiz Mustafa berkata, baki tiket itu akan dijual di Stadium Shah Alam, Jumaat ini bagi memudahkan penyokong Kedah mendapatkannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, KFA juga mempunyai alternatif untuk menyerahkan kembali baki tiket itu kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk dijual secara dalam talian.

“Setakat pukul 4.30 petang semalam, kita berjaya menjual lebih 80 peratus tiket kepada penyokong dan peminat bola sepak Kedah yang ingin hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Saya kagum dengan semangat para penyokong yang membuktikan sokongan mereka terhadap pasukan, walaupun mereka lewat sedikit membeli tiket tetapi kita percaya ini hasil proses jualan kita yang lebih teratur,” katanya.

Utusan Malaysia, hari ini, melaporkan, suasana jualan tiket di Stadium Darul Aman tidak seperti edisi-edisi perlawanan akhir lain yang membabitkan Lang Merah apabila keadaan suram dan lengang di kaunter selepas 30 minit dibuka.

Terdapat peminat yang menganggap keadaan itu disebabkan persembahan pasukan Kedah yang naik turun sepanjang musim ini termasuk kekalahan 5-1 kepada Felda United pada perlawanan terakhir Liga Super, Ahad lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini