Tiada bukti Daesh terbabit serangan Hari Easter Sri Lanka - Utusan Malaysia

Tiada bukti Daesh terbabit serangan Hari Easter Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 24 Julai – Polis Sri Lanka belum menemukan bukti mencukupi bagi mengaitkan insiden pengeboman Hari Easter dengan kumpulan pengganas Daesh pada 21 April lalu.

Serangan di beberapa gereja dan hotel di ibu kota dan timur negara ini telah mengorbankan lebih 250 orang.

“Daripada siasatan yang dijalankan setakat ini, tiada bukti kukuh untuk mengaitkan Daesh dengan serangan berkenaan,” kata ketua jabatan siasatan jenayah polis, Ravi Seneviratne.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor Reuters, polis mengesahkan dua kumpulan pelampau tempatan, National Thawheedh Jamaath (NTJ) dan Jamathei Millathu Ibrahim melakukakan pengeboman terbabit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini