Pelajar tingkatan tiga hilang sejak Sabtu - Utusan Malaysia

Pelajar tingkatan tiga hilang sejak Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 24 Julai – Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah agama di daerah ini dilaporkan hilang dari rumah penjaganya di Kampung Alor di sini sejak Sabtu lalu.

Kehilangan Tengku Ahmad Hirzan Tengku Husin, 15, yang kematian kedua ibu-bapa disedari ibu saudaranya, Norma Jusoh, 52, selepas pelajar yatim piatu itu dikatakan keluar dari rumah kira-kira pukul 5 petang.

Sepupunya, Haflan Alias, 27, berkata, kegagalan mencari mangsa di sekitar kawasan kediaman mendorong ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada Ahad lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, usaha ahli keluarga mengesan mangsa menerusi status ‘cerita WhatsApp’ yang memaparkan lokasi pelajar itu berada turut menemui jalan buntu.

“Kami bergegas mencarinya di taman rekreasi bersebelahan jalan Masjid Hadhari, Jertih namun hanya menjumpai sebuah motosikal Honda C70 yang dipercayai dinaiki mangsa dengan sebuah topi keledar dan sehelai baju di dalam raga (motosikal).

“Aplikasi WhatsApp dan Facebook miliknya masih aktif, bahkan telefon mangsa juga masih boleh dihubungi tetapi tidak berjawab hingga kini. Mesej yang dihantar dalam kumpulan WhatsApp keluarga juga tidak mendapat respons walaupun telah dibaca,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sehubungan itu, Haflan meminta bantuan orang ramai untuk membantu mengesan sepupunya yang hilang dan mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 013-9388533. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini