Permulaan positif skuad B-18 negara - Utusan Malaysia

Permulaan positif skuad B-18 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Ketua jurulatih skuad Bawah 18 (B-18), Brad Maloney mengakui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki terhadap pasukannya selepas mereka terikat 2-2 menentang Selangor United dalam aksi persahabatan di Wisma FAM, hari ini.

Pengendali dari Australia itu turut berkata dia sudah mengenal pasti beberapa pemain yang berpeluang untuk diserapkan ke dalam skuad akhir bagi menghadapi kejuaraan AFF B-19 di Vietnam, bulan depan.

“Sudah pasti. Banyak ruang untuk diperbaiki yang kami perlu lakukan. Begitu pun, ini adalah kali pertama mereka bermain bersama dan kami akan baiki kelemahan ini dari semasa ke semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya nampak ada beberapa pemain menunjukkan mereka berhak untuk kekal berada dalam skuad akhir tetapi kami masih belum menetapkannya dan itu bermakna semua pemain masih berpeluang untuk merebut tempat mereka,” kata Maloney ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan di sini hari ini.

Dalam aksi tersebut Selangor United terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Diniz Irwan pada minit ke-34 sebelum Luqman Hakim Shamsudin menyamakan kedudukan pada minit ke-73. Muslihuddin Atiq meletakkan skuad B-18 negara di depan pada minit ke-88 sebelum Raslam Khan mengikat kedudukan seminit kemudian.

Bercakap mengenai keputusan perlawanan, Maloney berkata dia tidak terlalu memikirkannya sebaliknya mahu mencari keserasian dalam kalangan pemain.

“Ini kali pertama mereka beraksi bersama dan saya tidak begitu menitikberatkan keputusan perlawanan sebaliknya lebih kepada cara permainan. Kebanyakkan pemain dari pasukan berlainan jadi penting untuk saya membentuk keserasian di antara mereka,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini