DUBAI 24 Julai – Penasihat tentera Iran, Hossein Dehghan memberi amaran sebarang perubahan terhadap status Selat Hormuz akan ‘membuka jalan’ kepada konfrontasi berbahaya.
Hossein seperti dipetik oleh al-Jazeera sebagai berkata, Tehran tidak akan berunding dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dalam apa jua keadaan dan sekiranya Washington memutuskan untuk berperang, maka semua pangkalan tentera AS di Asia Barat bakal diserang. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











